Jerman perlu yakin robek gawang lawan -- Flick

Shaiful Shamsudin
September 4, 2021 16:05 MYT
Hansi Flick sedar Jerman perlu lebih beryakinan di depan pintu gol lawan selepas mensia-siakan deretan peluang dalam kemenangan selesa ke atas Liechtenstein.
Jerman menang 2-0 dalam sentuhan pertama Flick sebagai jurulatih, Jumaat lalu, tetapi seharusnya menang lebih besar atas faktor dominasi mereka.
Pasukan bimbingan Flick itu melepaskan 30 percubaan dan menguasai 85.3 peratus permainan tetapi hanya Timo Werner dan Leroy Sane yang berjaya merobek gawang lawan.
Lawan mereka awal pagi esok merupakan pemimpin Kumpulan J kelayakan Piala Dunia 2022, Armenia, yang akan mengunjungi Stuttgart untuk perlawanan pertama Flick di tempat sendiri sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih Jerman.
"Kami mencipta tiga atau empat peluang baik pada awal permainan; namun, kami kurang percaya dengan diri sendiri ketika di depan pintu gol. Kami perlu mendapatkannya kembali," katanya dalam sidang media sebelum perlawanan.

Back at it ?#DieMannschaft pic.twitter.com/nDCEmKjxwA

— Germany (@DFB_Team_EN) September 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebagai jurulatih tentu saja kami juga tidak buta, kami tidak berpuas hati. Daripada segi jaringan ketika menentang Liechtenstein, kami memang tidak berpuas hati dengan keputusan 2-0.
"Pada awal perjalanan sebagai jurulatih pasukan ini, ada aspek lain yang akan menjadi penentu. Ia penting bagi saya.
"Kami mempunyai beberapa perlawanan penting lagi, jadi bagus untuk membiasakan antara satu sama lain. Tiada rombakan besar terhadap kesebelasan. Matlamat utama kami adalah memungut sembilan mata daripada tiga perlawanan ini dan ia masih mampu direbut."

Brazil vs Argentina is a #WCQ must-watch. ? pic.twitter.com/g380duMiRv

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) September 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jerman #kelayakan Piala Dunia 2002 #Piala Dunia 2002