Jelajah Akhir ATP: Medvedev sekat kebangkitan Sinner

Muzaffar Musa
November 19, 2021 02:28 MYT
Daniil Medvedev menyekat kebangktan yang cuba dilakukan Jannik Sinner untuk meraih kemenangan ketiga dalam Kejohanan Tenis Jelajah Akhir ATP di Turin hari ini.
Pemain nombor dua dunia itu, yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Alexander Zverev kelmarin, menyelamatkan dua mata akhir sebelum mengesahkan kemenangan 6-0, 6-7, 7-6 dalam masa dua jam dan 32 minit.
Medvedev hanya melakukan tiga 'unforced error' dalam set pembukaan untuk memenanginya selepas 26 minit.
Sinner, bagaimanapun, mencipta kejutan dalam set kedua apabila memberikan saingan sengit dalam set kedua sebelum melakar kemenangan untuk membawa perlawanan itu ke set penentuan.
Pemain Itali itu mendahului 4-2 dalam set ketiga tetapi Medvedev bangkit untuk mengesahkan kemenangan dengan pukulan kilas pada mata akhir keduanya.
Juara bertahan, Medvedev, seterusnya akan menantikan sama ada Casper Ruud atau Andrey Rublev bagi penentuan ke final.

STILL undefeated in Turin ? ?? @DaniilMedwed saves a match point to defeat Sinner 6-0, 6-7, 7-6 & stays unblemished at the 2021 #NittoATPFinals pic.twitter.com/iCmegUlrA7

— ATP Tour (@atptour) November 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Daniil Medvedev #Jannik Sinner