Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melengkapkan saga perpindahan epik mereka dengan kehadiran penyerang kelahiran Argentina, Fernando Forestieri, daripada kelab Serie A, Udinese.

Ia menyaksikan penyerang itu, yang turut pernah bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Sheffield Wednesday, akan bergandingan dengan Bergson da Silva di bahagian serangan Harimau Selatan.

Pengumuman mengenai kehadiran Forestieri itu dilakukan JDT menerusi satu video berdurasi 44 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

JDT turut mendedahkan bahawa Forestieri akan menyerikan pentas Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 dengan mengenakan jersi nombor 45.

Selain pernah beraksi bersama Udinese dan Sheffield Wednesday, Forestieri turut pernah bersama Watford selama empat musim, termasuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015-16.

Dia juga pernah bermain di sekita Itali bersama Genoa, Siena,Vicenza, Malaga, Empoli dan Bari.