JDT 3 UiTM 1

Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali melebarkan kelebihan di singgahsana Liga Super dengan tiga mata apabila bangkit membenam UiTM 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.


Pelawat yang menghuni tangga tercorot itu memberi debaran awal kepada penyandang tujuh gelaran berturut-turut berkenaan dengan kelebihan satu gol sebelum menuju bilik persalinan.

Pemain import Harimau Selatan dari Argentina, Gonzalo Cabrera, yang tidak dikawal di depan gawang kemudian menyudahkan peluang terhidang untuk mengimbangi kedudukan 1-1 sebaik tujuh minit separuh masa kedua bersambung.

Namun, JDT perlu menunggu hingga minit ke-77 untuk menerajui permainan dengan kaki kiri berbisa Safawi Rasid.

Selepas beberapa minit diuji tandukan tipis ketua pasukan The Lions Troops, Victor Nirennold, anak buah Benjamin Moura itu memuktamadkan kemenangan dengan ledakan seorang lagi penyerang import, Bergson Da Silva, pada minit ke-88.





Sementara itu, jaringan Wan Zaharulnizam Zakaria kembali menghantui bekas pasukannya, Sri Pahang, menerusi voli pada minit ke-88 untuk Melaka United berkongsi mata selepas perlawanan berkesudahan 1-1.

Tuan rumah seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang menarik termasuk sepakan penalti pertahanan, Herold Goulon, yang ditepis penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, sambil gagal mempertahankan jaringan seawal minit pertama oleh tonggak import, Manuel Hidalgo.

Keputusan Liga Perdana:

PDRM 1 KELANTAN UNITED 0