Kapten Liverpool, Jordan Henderson, memuji kepentingan gol awal Sadio Mane dalam aksi timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) ketika melakar kemenangan ke atas Roma, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mendahului perlawanan 5-0 dalam aksi pertama di Anfield, sebelum dua gol lewat dicetak oleh Roma mencetus sinar buat mereka.

Roma mengejar Liverpool sepanjang perlawanan di Stadio Olimpico, meraih kemenangan 4-2 tetapi gagal membawa perlawanan ke masa tambahan.

Mane membuka jaringan buat The Reds dalam sembilan minit pertama perlawanan dan Henderson menyedari kepentingan gol tersebut dalam membawa Liverpool ke final di Kiev.

"Kami mengetahui aksi adalah sukar buat kami di Itali dan kami telah menampilkan aksi yang terbaik," kata Henderson.

"Secara keseluruhan, kami mengawal situasi dengan cemerlang hingga 10 minit terakhir. Kami sangat gembira di atas kemenangan ini," katanya..

Liverpool akan berdepan juara bertahan, Real Madrid, dalam aksi final pada 26 Mei.

"Kami mempunyai perlawanan yang penting ketika menerima kunjungan Chelsea, kemudian Brighton and Hove Albion sebelum aksi final.

"Ia bakal menjadi aksi yang sukar, Real adalah pasukan yang berkualiti. Mereka mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman dalam kejohanan ini," ujarnya lagi.