Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020

Muzaffar Musa
Julai 15, 2021 01:17 MYT
Jaringan jarak jauh sensasi Patrik Schick ketika Republik Czech menentang Scotland diundi sebagai gol terbaik Euro 2020.
Penyerang Bayer Leverkusen itu menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park -- perlawanan pertama peringkat kumpulan pada 14 Jun lalu -- dan gol kedua itu terhasil hampir dari jarak setengah padang.
Jaringan itu terhasil dari jarak 49.7 ela, sekali gus menjadi gol paling jauh pernah dilakukan dalam Kejohanan Eropah sejak data seperti itu mula direkodkan pada 1980 -- mengatasi rekod yang dilakukan Torsten Frings (38.6 ela) buat Jerman ketika menentang Belanda dalam Euro 2004.
Gol itu menerima undian terbanyak daripada 10 senarai pendek yang dipilih Pasukan Penilai Teknikal Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), di mana hampir 800,000 orang awam telah mengambil bahagian dalam undian itu.

??? After almost 800k votes, Patrik Schick's long-range stunner vs Scotland is UEFA EURO 2020 Goal of the Tournament! ⚽️?#EUROGOTT @GazpromFootball #EURO2020 pic.twitter.com/qBENMPj25b

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Scotland #Republik Czech #EURO 2020 #Patrick Schick