URUGUAY 2 PORTUGAL 1

Edinson Cavani meledak dua gol untuk Uruguay menang 2-1 ke atas Portugal bagi menempah pertemuan suku akhir menentang Perancis yang menyaksikan Cristiano Ronaldo menangis pada hari yang sama dengan pesaingnya, Lionel Messi.


Harapan Argentina untuk meraih pencapaian lebih baik selepas tewas kepada Jerman dalam perlawanan akhir edisi 2014 berakhir dengan kekalahan 3-4 kepada Les Bleus, dan Ronaldo menyusuli Messi.

Cavani menggegar gawang pada minit ketujuh perlawanan di Sochi awal pagi tadi untuk meletakkan Uruguay di hadapan, namun Portugal bangkit menerusi tandukan padu Pepe selepas menerima hantaran Raphael Guerreiro.

Bagaimanapun, Uruguay tidak menunggu lama untuk kembali mendahului permainan apabila Cavani bijak melencongkan tendangan derasnya meskipun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila penyerang berkenaan dibelenggu masalah otot.

Portugal terdesak mencari gol penyamaan yang kedua dan Bernardo Silva terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan ketika Fernando Muslera sudah tertewas.

Anak buah Oscar Tabarez itu bakal menghadapi Perancis di Nizhny Novgorod sambil Ronaldo dan Portugal gagal mengulangi kejayaan mengejut dalam Euro 2016, dua tahun lalu.

Lima gol Uruguay di Russia kesemuanya daripada situasi bola mati tetapi kali ini mereka membuka tirai jaringan pada minit ketujuh dengan jaringan berkualiti tinggi.

Cavani meluru deras dari sayap kanan ke arah pintu gol setelah membuat hantaran silang kepada Suarez, seterusnya dia menamatkan gerakan itu dengan tandukan.

Bagaimanapun, ulang tayang menunjukkan Cavani menyentuh bola berkenaan dengan mukanya dan bukan dengan dahinya.

Suarez hampir menyumbat gol kedua perlawanan pada minit ke-21, namun penjaga gol, Rui Patricio, sudah bersedia untuk mematahkan sepakan percuma rendahnya manakala sepakan percuma Ronaldo pula terkena tembok pertahanan.

Uruguay belum tewas enam perlawanan sepanjang 2018, namun rekod itu berdepan kemungkinan dileburkan pada minit ke-55.

Uruguay tidak bertindak balas terhadap ancaman hantaran pendek Guerreiro dan memberi ruang kepada pertahanan kiri itu melancarkan hantaran silang yang menemui kepala Pepe untuk Portugal mengimbangi perlawanan.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Uruguay kembali di depan, tujuh minit kemudian.

Rodrigo Bentancur mengutip bola dari jarak 30 meter dan melepaskan umpanan sempurna kepada Cavani di sebelah kiri kawasan penalti, sekali gus membolehkan penjaring terbanyak Paris Saint-Germain (PSG) itu melepaskan tendangan yang memperdayakan penjaga gol yang baru ditandatangani Wolves itu.

Bernardo Silva sepatutnya menjaringkan gol penyamaan buat Portugal, begitupun dia gagal mengambil kesempatan ke atas kesilapan Muslera sambil Cavani bergelut dengan kecederaan.

Fernando Santos memasukkan Andre Silva ketika Portugal cuba mencari jalan keluar, namun pertahanan lawan, Diego Godin dan Jose Gimenez, terus merantai pergerakan Ronaldo yang menyaksikan kapten Portugal berkenaan mengutip kad kuning kerana membantah pengadil pada penghujung perlawanan.

Godin dan Gimenez, kini akan berentap dengan rakan sepasukan di Atletico Madrid, Antoine Griezmann, ketika menghadapi Perancis, Jumaat nanti.