Jurgen Klopp memberi amaran kepada Liverpool bahawa mereka tidak boleh mempersia-siaka peluang untuk meraih mata jika ingin bersaing merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Reds ketika ini tidak tewas dalam 14 perlawanan, kali terakhir tewas pada bulan Mac di laman sendiri kepada Fulham.

Liverpool turut menang lapan perlawanan bertemu Crystal Palace, menjaringkan 24 gol dan hanya bolos lima.

Bagaimanapun, Klopp menegaskan skuad kendaliannya tidak boleh melepaskan peluang untuk meraih tiga mata jika mahu terus membentuk permulaan baik dalam usaha mengejar gelaran.

"Saya tidak meneliti situasi pasukan lawan, tetapi ini adalah permulaan yang baik buat kami," kata Klopp.

"Kami telah bermain baik tetapi jika anda mahu kekal di puncak anda tidak boleh membazirkan mata. Itu sahaja caranya, kami perlu meneruskan momentum ini."

Selepas merekodkan kemenangan 3-2 ke atas AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada pertengahan minggu, mereka bakal bertemu Palace di Anfield malam ini.