Isco akan terlepas pertembungan Liga Juara-Juara Eropah di antara Real Madrid dan Bayern Munich di Santiago Bernabeu awal pagi nanti apabila gagal pulih tepat pada masanya daripada kecederaan bahu.

Pemain tengah kelahiran Sepanyol itu mengalami kecederaan dalam perlawanan separuh akhir pertama di Jerman, menyebabkannya terpaksa digantikan sebelum pasukannya meraih kemenangan 2-1.

Walaupun turun berlatih bersama skuad hari ini, nama Isco tidak tersenarai dalam skuad Zinedine Zidane untuk perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu itu.

Bagaimanapun, Nacho Fernandez -- yang terlepas aksi bulan lalu kerana masalah paha -- disenaraikan.

Kepulangan pemain pertahanan itu nyata tepat pada masanya memandangkan juara Eropah itu turut kehilangan bek kanan tetap, Dani Carvajal, yang terus dilanda kecederaan hamstring.

Setelah digugurkan bagi menampung Carvajal di Allianz Arena, pemain sayap, Lucas Vazquez, juga mungkin akan diminta untuk memainkan peranannya di ibu kota Sepanyol itu.