Jordi Alba akan berasa gembira sekiranya Isco berpindah ke Barcelona seandainya pemain tengah itu memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid penghujung musim ini.

Isco, 24, sukar menempatkan diri dalam kesebelasan utama di Santiago Bernabeu, dengan hanya diturunkan sebanyak 11 kali dalam aksi LaLiga musim ini.

Isco sedar dia perlu meninggalkan Madrid jika berhasrat untuk menyerlahkan bakatnya dengan lebih kerap.

Alba menegaskan sentiasa ada ruang buat bekas rakan sepasukannya di Valencia itu di Nou Camp.

"Kehadiran pemain hebat sentiasa dialu-alukan," kata Alba kepada pemberita selepas disoal mengenai Isco.

"Saya sering meluangkan masa bersama Isco. Saya mengenalinya sejak beraksi bersama-sama di Valencia dan saya tahu dia mempunyai kualiti besar.

"Biar masa menentukan sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak..."

Kontrak Isco di Madrid akan berakhir pada Jun 2018. Ini bermakna juara menanti Liga Juara-Juara itu boleh mengutip keuntungan hasil penjualan pemain tengah menyerang itu pada penghujung musim ini jika dia enggan memperbaharui kontraknya bagi mengelak dia berhijrah secara percuma tahun depan.