Ketua jurulatih baru Inter Milan, Simone Inzaghi, yakin bahawa pasukannya sudah meningkat dalam pramusim selepas menewaskan Lugano dalam penentuan sepakan penalti, sebulan sebelum sepak mula Serie A musim 2021-22.

Inzaghi, yang mengambil alih pasukan itu selepas Antonio Conte memenangi Serie A musim lalu, menggendong tanggungjawab besar selaku juara bertahan dalam edisi kali ini.

Perubahan tampuk kepimpinan Inter itu berlaku menjelang musim depan pada ketika sebahagian pemain utama mereka masih belum menyertai pramusim selepas menamatkan kempen Euro 2020 dan Copa America -- situasi yang menimbulkan persoalan mengenai persediaan mereka untuk mempertahankan Scudetto.

Nerazurri akan memulakan musim baru Serie A dengan menantikan kunjungan Genoa pada 22 Ogos ini.

"Kelab ini sedang melakukannya dengan baik dan kami sudah bersedia untuk memulakannya pada 22 Ogos ini," katanya kepada Inter TV selepas terikat 2-2 dengan Lugano dalam aksi persahabatan yang dimenangi mereka melalui penentuan sepakan penalti.

"Amat baik seandainya kami boleh meraikan kejuaraan kami bersama penyokong pada hari pembukaan selepas hampir setahun setengah beraksi dalam stadium kosong.

"Sokongan yang diberikan mereka memberikan perbezaan seperti yang dapat kita lihat malam ini," katanya.