Simone Inzaghi memuji prestasi skuadnya yang muda setelah mereka menewaskan Lugano menerusi penalti dalam aksi persahabatan pertama musim ini.

Dengan sebahagian besar pemain antarabangsa masih bercuti, pasukan kendaliannya dibarisi pemain akademi bagi perlawanan pertama Inzaghi.

"Saya mengetahui ini akan menjadi perlawanan persahabatan yang sukar, tetapi para pemain mengatasinya dengan baik," katanya.

"Kami ketinggalan dua gol tetapi kami berjaya bangkit dengan skuad yang terhad dimiliki ketika ini. Saya sangat gembira dengan mereka.

“Kami terus berusaha memenanginya perlawanan ini. Saya gembira dengan reaksi mereka dan cara mereka bertahan -- ramai daripada mereka terpaksa bermain dalam tempoh 90 minit.

"Sedikit demi sedikit kami akan memperkenalkan pemain baru akan tiba. [Stefan] De Vrij dan [Marcelo] Brozovic akan kembali dalam beberapa hari akan datang. Kelab ini melakukan tugas dengan baik dan kami akan bersedia menjelang 22 Ogos ini."