Sergej Milinkovic-Savic bakal dijual Lazio, kata ketua jurulatih, Simone Inzaghi.

Pemain tengah itu dilaporkan menjadi sasaran perpindahan ke Manchester United tetapi dia juga dikaitkan untuk ke Paris Saint-Germain (PSG).

United dilihat mahu mendapatkan Milinkovic-Savic sebagai pengganti Pogba walaupun kontrak pemain Serbia itu berbaki lima tahun sejak Oktober lalu.

Perjanjian bernilai GBP90 juta (RM358 juta) sedang dilakukan sambil Inzaghi menerima bahawa Lazio mungkin perlu mengeluarkan wang untuk asetnya itu.

"Saya gembira jika dia mahu kekal di sini bersama Lazio tetapi benar, pihak kelab berupaya menyatakan cadangan," kata pengendali itu.

"Milinkovic-Savic telah melalui pramusim yang cemerlang dan saya gembira dapat memilikinya.

"Saya berbesar hati untuk menerima pemain Serbia itu. Jika dia tinggalkan Lazio, kami perlu mencari pemain dengan fizikal yang baik serta meningkatkan teknik.

"Dalam hati, saya mahu dia kekal tetapi pihak kelab berhak untuk mempertimbangkan peranan lebih penting buat pemain lain."