INTER 2 ATALANTA 2

Simone Inzaghi mendedahkan dia sendiri yang mengarahkan Federico Dimarco untuk mengambil sepakan penalti dan kegagalan pertahanan itu menghalang Inter daripada menewaskan Atalanta.


Juara bertahan itu diikat 2-2 dalam pertembungan Serie A di San Siro yang berlangsung penuh dramatik, awal pagi tadi.

Lautaro Martinez terlebih dahulu meletakkan mereka di depan, sebelum Edin Dzeko menyamakan kedudukan ketika 19 minit menuju waktu kecederaan selepas jaringan Ruslan Malinovskyi dan Rafael Toloi dalam separuh masa pertama.

Pemain gantian, Dimarco, kemudian diamanahkan untuk mengambil sepakan dari jarak 12 ela itu selepas bola terkena tangan Merih Demiral.





Malah, perlawanan semakin rancak yang menyaksikan jaringan Roberto Piccoli untuk Atalanta pula dibatalkan kerana bola dikesan sudah terkeluar terlebih dahulu.

Dimarco tidak pernah mengambil sepakan penalti dalam Serie A, tetapi Inzaghi menjelaskan dia menaruh kepercayaan terhadap pemain berusia 23 tahun itu.

Pengurus Inter tersebut memberitahu DAZN: "Ia adalah keputusan saya, petugas sepakan penalti kami adalah Lautaro dan Hakan Calhanoglu tetapi mereka tidak berada di atas padang. Saya mempunyai Dimarco dan Ivan Perisic.

"Dimarco kelihatan lebih cergas dan pagi ini dia telah menendang dengan baik ketika sesi latihan.

"(Saya yakin) dia mampu menghasilkan gol kemenangan di San Siro memandangkan dia membuat permulaan yang bagus pada musim ini, tetapi inilah bola sepak."