Pengendali Inter Milan, Luciano Spalletti, menyifatkan pasukannya semakin hampir untuk terkeluar daripada perebutan ke saingan Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Selepas memulakan saingan Serie A dengan baik pada musim ini, prestasi Inter menurun sehingga menyebabkan mereka berdepan risiko kehilangan tempat empat teratas dalam carta.

Mereka naik semula ke tangga keempat tetapi keputusan seri dan tewas dalam dua aksi terakhir menyebabkan mereka kembali jatuh ke tangga kelima, satu mata di belakang AS Roma.

“Peluang semakin tipis dan mereka harus bangkit secara luar biasa,” kata Spalletti.

“Kami harus mendapatkan keputusan yang positif menentang Atalanta untuk mendapatkan kembali peluang ke kelompok empat teratas sebelum aksi setempat Rome.

“Segalanya berada dalam tangan kami, bergantung kepada kami. Diri saya dan seluruh pasukan Inter. Kami sedar situasi yang sedang kami hadapi.

“Kami berada di kedudukan yang sudah kami jangkakan. Keadaan yang tertekan ini sudah dapat dilihat sejak awal musim,” tambahnya.

Dalam masa sama, Spalletti turut meluahkan rasa kagum dengan persembahan pemain yang dipinjamkan dari Barcelona, Rafinha, tatkala pemain itu mendedahkan mahu kekal di Itali.

“Rafinha adalah pemain yang bagus. Inter tahu tentangnya dan dia harus dinilai pada setiap masa.

“Dia kini berada dalam keadaan terbaik untuk dipilih menyarung jersi pasukan besar seperti Inter.”