Joao Cancelo bakal diketepikan buat tempoh lama -- lapan hari selepas menandatangani kontrak bersama Inter -- susulan mengalami kecederaan ligamen ketika menjalani sesi latihan bersama Portugal.

Cancelo meninggalkan Valencia minggu lalu, setelah bersetuju menyertai Inter secara pinjaman.

Pemain berusia 24 tahun itu di bawa masuk pada minit ke-84 dalam kemenangan 3-1 ke atas AS Roma namun ia mungkin menjadi penampilan terakhirnya musim ini.

Ketika sedang berlatih di bawah kendalian Fernando Santos menjelang aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Faroe Island dan Hungary, ligamen lutut pemain itu koyak sekaligus terpaksa diketepikan untuk tempoh panjang.

"Joao Cancelo menjalani pemeriksaan perubatan hari ini di Rozzano selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan," kata Inter dalam satu kenyataan.

"Pemeriksaan mendapati ligamen lutut kanannya koyak. Keadaannya akan dinilai setiap minggu."