Inter Milan menamatkan kontrak pemain tengah Portugal, Joao Mario, secara persetujuan bersama.

Pemain berusia 28 tahu itu menyertai Inter daripada Sporting dengan tanda harga €40 juta (RM198.88 juta) sebaik Portugal memenangi Euro 2016 tetapi bergelut untuk menembusi pasukan utama dan banyak menghabiskan waktunya dengan dipinjamkan ke kelab lain.

Joao Mario dipinjamkan kepada West Ham United pada 2018 sebelum turut mewakili Locomotiv Moscow dan Sporting.

"Terima kasih banyak Inter. Semoga berjaya selepas ini," Kata Joao Mario dalam satu ciapan ringkas di Twitter.

Joao Mario menjadi sebahagian daripada skuad Sporting yang memenangi Primeira Liga 2020-21 -- menamatkan penantian 19 tahun pasukan itu.

Pemenang Euro 2016 itu hanya dapat melakukan 69 penampilan buat Nerazzurri sepanjang lima tahun bersama kelab itu dan sepatutnya masih memiliki baki setahun dalam kontraknya.