Josef Martinez meninggalkan Atlanta United untuk menyertai Inter Miami dan menggantikan Gonzalo Higuain, yang bersara tahun lalu.

Miami mengumumkan kesepakatan itu malam tadi selepas Atlanta mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dalam kontrak penjualan pemain itu.

Martinez sudah bersama Atlanta sejak musim pertama mereka dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) pada 2018 dan merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu dengan 111 gol.

Dalam musim 2018, dia bergandingan dengan Miguel Almiron untuk membantu Five Stripes menjuarai Piala MLS.

Martinez merupakan MVP MLS, MVP MLS All-Star dan MVP Piala MLS dalam kempen musim itu, di mana dia turut memenangi Anugerah Kasut Emas dan menjaringkan gol pembukaan pasukannya dalam final piala berkenaan.

Atlanta kemudian memenangi Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Piala Campeones setahun kemudian tetapi terus bergelut sejak Almiron menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Mereka terlepas aksi playoff dalam dua daripada tiga tahun lalu dan Martinez kini sah akan berpindah untuk menyertai pasukan seteru Sidang Timur, Miami.