Simone Inzaghi kecewa dengan kegagalan Inter untuk mengambil peluang selepas mereka seri tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk.

Inter masih lagi menunggu untuk kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas aksi hambar di Ukraine.

Setiap pasukan hanya melakukan dua percubaan tepat ke sasaran, Nicolo Barella dinafikan palang gol buat Nerazzurri.

"Secara teknikalnya, kami telah bermain dengna baik, tetapi kami gagal menggunakan peluang yang terhidang," kata Inzaghi kepada Sky Sport Italia.

"Kami telah menghasilkan beberapa situasi yang baik dan hampir memenangi perlawanan."

Di sebalik gagal menemui jaringan, Inzaghi memuji persembahan gandingan penyerang, Lautaro Martinez dan Edin Dzeko.

"Mereka telah bermain baik, berkorban demi pasukan," tambah Inzaghi. "Kemudian saya membawa masuk [Joaquin] Correa dam [Alexis] Sanchez yang mula menemui rentak.

"Kami menyedari ia adalah perlawanan yang sukar beraksi di tempat lawan: kami gagal mendapatkan jaringan teapi kami turut bertahan dengan baik."