INTER 3 BOLOGNA 2

Pemain gantian, Antonio Candreva, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-98 untuk menghantar Inter Milan ke suku akhir saingan Coppa Italia menerusi kemenangan 3-2 ke atas Bologna di tempat sendiri, awal pagi tadi.


Inter, yang mencipta enam kemenangan berturut-turut sebelum sepak mula, mendahului perlawanan hasil libasan Jeison Murillo yang menyambung sepakan penjuru Joao Mario.

Joao Mario kemudian bergandingan dengan Rodrigo Palacio untuk menjadikan kedudukan 2-0, namun Bologna diberi harapan untuk bangkit sebelum waktu rehat menerusi jaringan Blerim Dzemaili.

Anak buah Stefano Pioli memiliki beberapa peluang menarik untuk mengukuhkan kedudukan dan akhirnya kebuntuan dalam pemburuan gol membawa padah apabila tandukan Godfred Donsah mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Usaha dalam masa tambahan pertama memberi kelebihan buat Inter yang menyaksikan Candreva muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan.

Juara 2011 itu bakal berdepan pemenang di antara Lazio dan Genoa di peringkat seterusnya.