Inter mengesahkan pelantikan Antonio Conte sebagai jurulatih baru selepas menamatkan khidmat Luciano Spalletti.

Di sebalik memastikan kelayakan ke Liga Juara-Juara dengan mengakhiri saingan Serie A di tempat keempat, Inter mengumumkan pemecatan Spalletti.

Kelab itu telahpun mendapatkan pengganti pada bekas ketua jurulatih Chelsea dan Juventus, Conte, yang dilantik mengemudi kelab itu.

"Ia merupakan cabaran baru dalam hidup saya dan sangat teruja berkhidmat untuk Inter," kata Conte.

"Saya mahu membalas kepercayaan presiden, Steven Zhang, serta pengarah kelab ini. Saya memilih Inter kerana mereka memiliki projek jangka masa panjang serta sasaran yang tinggi sementara sejarah yang dimiliki kelab ini."

Pemenang gelaran di England dan Itali, Conte, dilaporkan bakal dibayar EURO10 juta (RM47 juta) untuk dua musim pertama.

Pengendali berusia 49 tahun itu tidak mengendalikan sebarang pasukan sejak meninggalkan Chelsea tahun lalu kerana menamatkan saingan di tempat kelima dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ini merupakan kali pertama Conte kembali ke Serie A sejak mengendalikan Juve sebelum mengambil alih skuad kebangaan Itali pada 2014.