Andres Iniesta bakal terlepas pertemuan kedua Supercopa de Espana di antara Barcelona dan Real Madrid kerana kecederaan paha.

Ketua pasukan itu tidak mengikuti latihan bersama skuad Barcelona dan dipinggirkan daripada barisan 19 pemain yang akan berkunjung ke Santiago Bernabeu.

Perancang tengah itu, yang tersisih kerana masalah kaki kanan, akan menyertai Rafinha (masalah otot) dan Thomas Vermaelen (betis) yang dalam proses pemulihan.

Iniesta beraksi selama 68 minit dalam pertemuan pertama yang menyaksikan Barca tumbang 3-1, seterusnya berdepan tugas getir apabila bertandang ke ibu negara Sepanyol itu dalam aksi awal pagi esok.

Gol sendiri Gerard Pique meletakkan Madrid di depan sebelum Cristiano Ronaldo dan Marco Asensio mengukuhkan kedudukan dengan jaringan Lionel Messi merapatkan jurang perlawanan.

Madrid akan beraksi tanpa Ronaldo dalam aksi timbal balik susulan penggantungan lima perlawanan berikutan menolak pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea, di Nou Camp.