Bintang Barcelona, Andres Iniesta, mahu mengakhiri kariernya di kelab itu selagi dia dianggap pemain penting buat The Catalans.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang masih memiliki kontrak sehingga pertengahan 2018, menyatakan keinginannya untuk kekal bersama Barca sehingga bersara.

"Setiap orang boleh menjangka masa depan saya bersama pasukan ini, perkara yang membimbangkan saya adalah sasaran utama kami musim ini," kata Iniesta.

"Saya akan membincangkan segala-galanya selepas tamat saingan musim ini.

"Saya tidak berkata bahawa saya tidak akan memperbaharui kontrak saya. Saya hanya mahu mengakhiri karier saya di sini tetapi ia akan diputuskan melalui prestasi saya di atas padang.

"Saya akan berhijrah jika saya tidak lagi penting untuk kelab ini."

Kecederaan telah mengehadkan sumbangan Iniesta musim ini, dia hanya tampil dalam 25 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, enam daripadanya dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).