Sebelum ketibaan Andres Iniesta tiga tahun yang lalu, Vissel belum pernah memenangi trofi tetapi dengan musim hebat yang dilalui di Kobe, mereka mula memasang bercita-cita tinggi dengan menjuarai Piala Maharaja (2019) dan Piala Super Jepun (2020).

Vissel turut layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat julung kalinya dalam sejarah 55 tahun penubuhan mereka pada 2020 apabila layak ke separuh akhir.

Iniesta dan Vissel berada di landasan yang tepat untuk mengungguli ACL -- anak buah Atsuhiro Miura itu berada di tempat ketiga Liga J1 musim ini dan di laluan penamat terbaik apabila tiga mata mengatasi Nagoya Grampus dalam perebutan slot terakhir menjelang pertemuan getir Ahad ini dalam usaha mereka merajai kancahAsia.

"Kami ingin menjadi pasukan nombor satu di Asia jadi matlamat utama kami adalah memenangi ACL," kata pertahanan Vissel, Leo Osaki, kepada Stats Perform mengenai projek itu.

"Sudah tentu kami perlu menjuarai Liga J1, kami tidak boleh hanya fokus kepada ACL. Tetapi matlamat utama ketika ini adalah memenangi ACL. Kami hanya perlu menduduki tempat ketiga sambil berharap dapat menguasai ACL musim depan."






Secara keseluruhan, Iniesta yang bertindak sebagai ketua pasukan telah menjaringkan 17 gol dan mencipta 17 bantuan jaringan untuk menerajui perjuangan Vissel -- yang di bawah hak milik Rakuten sejak membelinya daripada Crimson Group pada 2014 -- untuk terus memasang impian tinggi.

"Dia tidak datang ke mari untuk menghabiskan sisa kariernya. Dia datang untuk menang dan anda boleh melihatnya di tempat latihan dan bilik persalinan," kata Osaki yang menyertai Vissel 2021 di samping Vermaelen, Bojan Krkic dan Samper.

"Saya rasa membawanya ke dalam pasukan ini telah membuka jalan untuk pemain berkelas dunia yang lain datang dan menarik lebih ramai peminat untuk untuk menonton perlawanan Liga J1 dan Vissel Kobe. Dari sudut itu, ia memberi reaksi positif kepada pasukan.

"Sejak hari pertama dia tiba, wujud reaksi positif. Melihatnya dari dekat bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan kerana kebanyakan daripada kami hanya berkesempatan menonton kelibatnya di televisyen.

"Memenangi gelaran mengubah segalanya dengan cara yang baik.

"Ia adalah gelaran pertama kelab, sekali gus meningkatkan keyakinan semua orang dan harapan juga menjadi lebih tinggi. Memenangi dua gelaran sebelum ini banyak berubah senario kelab."