Luis Enrique melabelkan kemenangan besar Barcelona membelasah Las Palmas 5-0 merupakan persembahan terbaik anak buahnya sejak mengambil alih jawatan pengendali kelab itu.

Penyandang juara LaLiga itu berada di tahap terbaik ketika di Camp Nou pada Sabtu.

Luis Suarez menyumbang dua gol manakala Lionel Messi, Arda Turan dan Alex Vidal masing-masing menyumbang satu gol.

Meskipun Barcelona agak bergelut musim ini namun mereka mempamerkan aksi terbaik kali ini termasuk mempamerkan aksi mantap di bahagian pertahanan.

"Saya paling gembira dengan aksi pemain tanpa bola," Enrique bercakap di sidang media.

"Berdepan Las Palmas jika kamu tidak memberi tekanan, mereka akan memberikan masalah. Apabila menguasai bola di awal perlawanan kami menghasilkan peluang untuk meledak gol awal.

"Jentera pertahanan mempamerkan aksi terbaik buat kali pertama sejak saya berada di sini."

Sementara itu, Enrique turut memuji aksi Vidal -- pemain yang di bawa masuk selaku pengganti Danil Alves di bek kanan -- yang membuat penampilan keduanya di LaLiga musim ini.

"Pemain seperti Aleix, dengan cara dia telah berlatih beberapa bulan ini, membuktikan dia bersedia memberi saingan. Dia beraksi dengan cukup baik.

"Dia merupakan pemain yang paling jarang beraksi musim ini."