Unai Emery tidak meragui kehadiran Neymar akan memberikan impak yang positif kepada Paris Saint-Germain (PSG) buat jangka masa panjang selepas gergasi Ligue 1 itu meletakkan sasaran untuk menjadi pasukan terbaik di dunia.

PSG memecahkan rekod perpindahan selepas mengaktifkan klausa perpindahan bernilai EURO222 juta (RM1.1 bilion) untuk membawa Neymar ke Perancis.

Pemain kebangsaan Brazil itu tidak mengambil masa untuk memberikan impak apabila menjaringkan tiga gol dalam dua penampilan pertamanya.

Pengurs pasukan PSG, Emery, menegaskan impak yang diberikan oleh Neymar kepada pasukan mampu memberikan satu anjakan serta semangat yang positif untuk melakar kejayaan yang lebih tinggi musim ini.

"Ia adalah sesuatu yang positif, buat masa ini dan masa akan datang," kata Emery.

"Objektif kami adalah berada dalam kalangan pasukan terbaik di dunia.

"Kami perlu meraih kejayaan liga, serta dua lagi trofi di Perancis -- Coupe de France dan the Coupe de la Ligue.

"UCL tetap menjadi keutamaan pasukan.

"Staf, kelab dan pemain-pemain tidak sabar menantikan semua kejohanan yang bakal dihadapi musim ini, terutama sekali UCL. Kepada pasukan-pasukan, PSG akan turun memberikan yang terbaik bagi memastikan gelaran UCL akan diraih."

Marco Verratti telah dilaporkan menjadi sasaran Barca sebelum PSG melakukan keputusan di luar dugaan untuk merampas salah satu aset kelab Catalan itu.

Pemain tengah Itali itu telah digantung daripada aksi seterusnya di Parc des Princes selepas dibuang padang ketika meraih kemenangan 6-2 ke atas Toulouse tetapi Emery tidak mengambil berat tentang sikap pemain berusia 24 tahun itu.

"Verratti bermain dengan emosi, beraksi di atas padang adalah kehidupan sebenarnya.

"Dia seorang yang kompetitif. Saya tidak risau dengan Verrati kerana dia sendiri menyedari terdapat ruang yang harus diperbaikinya."

Thiago Silva telah memulakan tiga aksi liga untuk PSG musim ini tetapi Emery akan cuba merehatkan pertahanan itu jika diberikan peluang.

"Silva adalah kapten pasukan ini dan seorang pemain yang sangat penting.

"Dia sentiasa memiliki motivasi yang tinggi untuk berlatih bersama pemain-pemain muda. Saya sangat berpuas hati. Saya akan cuba merehatkan Silva untuk perlawanan-perlawanan yang penting."