Immobile kini peledak gol terbanyak sepanjang zaman Lazio

Ammar Hakim
November 5, 2021 03:18 MYT
Ciro Immobile menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Lazio selepas menemui jaringan ketika seri 2-2 dengan Marseille awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Itali, Immobile, mengatasi Silvio Piola, dengan menjaringkan gol ke-160 dalam semua pertandingan untuk kelab dalam separuh masa kedua ketika aksi Liga Europa di Stade Velodrome.
Penyerang itu menerkam kesilapan William Saliba dan melencongkan penyudah yang baik melepasi Pau Lopez pada minit ke-49, walaupun Dimitri Payet berjaya memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Immobile menyertai Lazio pada 2016 dan mencapai kejayaan dalam penampilan ke-233 untuk kelab itu, dengan majoriti golnya dijaringkan dengan kaki kanan (125).

160 - Ciro #Immobile (160) has scored more goals than any other Lazio's player in all competitions (Silvio Piola 159). Eagle.#MarseilleLazio #UEL pic.twitter.com/u99vvWeukJ

— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) November 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih daripada satu perempat (44) telah terhasil daripada sepakan penalti, manakala dia menjaringkan gol lapan kali dari luar kotak.
Lawan kegemaran Immobile sebagai pemain Lazio merupakan Sampdoria, di mana meledak 10 gol dalam sembilan perlawanan.
#Lazio #Marseille #Ciro Immobile #Itali #Silvio Piola