Icardi sah milik kekal PSG

Shaiful Shamsudin
Jun 1, 2020 00:26 MYT
Mauro Icardi melengkapkan perpindahan tetapnya di Paris Saint-Germain (PSG) daripada Inter setelah kelab Ligue 1 itu memilih untuk membelinya.
Icardi berkelana ke PSG secara pinjaman tahun lalu setelah hubungannya dengan ahli lembaga pengarah Inter menjadi tegang manakala kepulangannya ke San Siro dilihat kabur.
Pemain berusia 27 tahun itu terbukti sangat produktif dalam awal musim 2019-20 hingga meragut tempat Edinson Cavani dalam kesebelasan utama untuk membentuk jentera serangan berbisa di samping Neymar dan Kylian Mbappe.
Walaupun prestasinya mulai merosot awal Januari lalu, dia masih mampu menamatkan kempen Ligue 1, yang ditamatkan lebih awal ekoran COVID-19, dengan mengumpul 12 gol dalam 20 penampilan.

Mauro Icardi s'engage au Paris Saint-Germain jusqu'au 30 juin 2024. Le Paris Saint-Germain est heureux d’annoncer la levée de l’option d’achat de @MauroIcardi. L’attaquant de 27 ans était prêté en 2019-2020 par l’Inter Milan.

— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) May 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Pengarah Sukan Inter, Piero Ausilio, baru-baru ini mengesahkan bahawa PSG mengambil pilihan untuk mengikat Icardi -- perjanjian pinjamannya berakhir semalam -- dan juara Perancis itu telah bertindak tepat pada waktunya yang menyaksikan penyerang kelahiran Argentina tersebut memeterai perjanjian tetap hingga Jun 2024.
Laporan mengaitkan PSG akan membayar €50 juta (RM241.4j) yang boleh menyaksikan ia mencecah €57j (RM275.2j).
#PSG #Mauro Icardi #Inter