Mauro Icardi mengakui Inter sedang berusaha untuk kembali ke kancah Liga Juara-Juara (UCL) selepas dia dan Ever Benega meledak hatrik ketika membantu pasukan meraih kemenangan 7-1 ke atas Atalanta.

Jaringan 'treble' Icardi hadir dalam tempoh sembilan minit sebelum Ever Banega menjaringkan dua gol (minit ke-31 dan 34) untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Remo Freuler menjaringkan gol tunggal buat pasukan pelawat sebelum Inter menambah jaringan menerusi Roberto Gagliardini pada minit ke-52.

Banega melengkapkan kemenangan Inter pada minit ke-67 dengan jaringan sepakan percuma, sekaligus mencetak dirinya sebagai penjaring hatrik perlawanan.

"Ia merupakan perlawanan terbaik kami buat musim ini," kata Icardi.

"Berdepan musuh seperti Atalanta dan bermain dengan baik, ia merupakan satu persembahan sempurna daripada kami.

"Sasaran kami adalah cuba untuk merampas tangga ketiga, kemudian melihat bagaimana kami akan mengakhiri saingan musim ini.

"Kami akan cuba meneruskan momentum untuk perlawanan akan datang, kami tidak sabar untuk kembali beraksi di Eropah."