Jurulatih Inter, Stefano Pioli, yakin Mauro Icardi mampu meraih gelaran penjaring terbanyak Serie A musim ini.

Penyerang Argentina itu mempamerkan aksi memberangsangkan selepas meledak 20 gol dalam 26 penampilan saingan liga.

Icardi berada di tangga kedua di belakang Andrea Belotti yang mendahului saingan dengan kelebihan dua gol, namun Pioli mempercayai kebolehan pemain berusia 24 tahun itu untuk mengejar bintang Torino berkenaan.

"Icardi memiliki kualiti untuk menjadi penjaring terbanyak liga, Belotti juga seorang penyerang yang berbisa," kata Pioli.

"Musim ini, Inter banyak bergantung kepadanya, dia bekerja keras untuk pasukan.

Pioli turut memberikan pujian kepada Ever Banega yang turut menemui sentuhan ketika meledak hatrik bertemu Atalanta, sekaligus kembali menjadi pemain pilihan utama pasukan.

"Banega adalah pemain yang berkualiti dan dia mampu mencari ruang untuk menghasilkan gol.

"Tahniah kepadanya kerana terus bekerja keras ketika diketepikan daripada pasukan."