Ibu kepada pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, dilaporkan mengalami masalah kesihatan selepas mengetahui anaknya berada di Malaysia sejak Isnin lalu.

Mereka terpisah sejak 2019 sehingga pelumba kelahiran Muar, Johor itu kini dalam dilema untuk menyertai Kejohanan Dunia di Perancis, Oktober depan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, kakak kepada pelumba negara itu, Noreen Nor Amira Sahrom, berkata: "Sekarang ini, dia tau Shah sudah berada di Malaysia, jadi dia ada perasaan yang sangat memahukan untuk berjumpa dengan anaknya.

"Kami ada dua ahli keluarga dalam sukan berbasikal, Shah dan adiknya, Boy (Ridwan Sahrom), dan dia sudah lama tidak berjumpa kedua-dua mereka.

"Sebagai ibu, nasihat kami didengarinya tetapi dia tetap menangis dan Shah juga risau (dengan keadaannya).

"Saya agak risau juga kerana dia (ibu) terus bertanya. Jika Shah menghubunginya, dia juga akan bertanya: 'tak ada rasa nak balik ke?

"Kita takut juga jika apa-apa berlaku. Kalau Shah diberikan kesempatan untuk balik, saya agak sedih juga kerana sudah lama tidak berjumpa dengannya," katanya.