Zlatan Ibrahimovic mahu kekal di Milan 'seumur hidup' ketika bintang veteran itu mengintai untuk melanjutkan kontrak bersama Rossoneri.

Ibrahimovic meraikan hari jadi ke-40 Oktober lalu tetapu penyerang itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memperlahankan gaya permainannya ketika Milan mengejar gelaran Serie A.

Habis kontrak pada penghujung musim, Ibrahimovic telah menjaringkan enam gol dalam sembilan penampilan liga untuk membantu Milan menghuni tangga teratas selepas 16 pusingan.

Ibrahimovic mendedahkan sejak menyertai semula Milan Januari 2020, dia tidak bercadang untuk meninggalkan San Siro.

"Saya mahu bermain selama mungkin, dan selagi saya mempunyai adrenalin itu, saya akan teruskan," kata Ibrahimovic.

"Mari beri tekanan kepada Milan di sini untuk memberi saya lanjutan kontrak dan saya berharap untuk kekal di Milan seumur hidup.

"Saya masih mempunyai objektif yang mahu di capai dan saya mahu memenangi satu lagi Scudetto."