Ketua jurulatih Napoli, Gennaro Gattuso, Zlatan Ibrahimovic, lebih baik berbanding 10 atau 12 tahun yang lalu berikutan aksi cemerlang buat Milan.

Ibrahimovic meledak dua gol ketika Milan kembali ke puncak Serie A dengan kemenangan 3-1 ke atas Napoli yang beraksi dengan 10 pemain semalam.

Bintang veteran Milan, Ibrahimovic, menjadi pemain tertua meledak sekurang-kurangnya 10 gol dalam lapan perlawanan pertama Serie A, pemain berusia 29 tahun itu mengatasi rekod pemain Lazio, Silvio Piola (29 tahun pada 1942-43).

Ibrahimovic -- yang meledak gol pada minit ke-20 dan 52 sebelum digantikan -- turut menyamai rekod Gunnar Nordahl untuk gol terbanyak dihasilkan dalam Serie A bagi lapan perlawanan pertama sebagai pemain Milan, hanya ketinggalan kepada Marco Van Basten (12 pada 1992-93).



Gattuso beraksi bersama Ibrahimovic di Milan di antara 2010-12 -- gandingan itu membantu The Rossoneri meraih Scudetto terakhir pada 2011 -- bekas pemain itu memuji kemampuan bintang kelahiran Sweden itu.

"Milan meletakkan kepercayaan kepada Ibra, mereka 100 peratus percaya dengan apa yang mereka lakukan," kata Gattuso kepada Sky Sport Italia. "Dia kelihatan lebih bagus berbanding 10 atau 12 tahun yang lalu.

"Mereka melakukan hantaran silang kerana mereka mengetahui dia akan menjaringkannya."