Zlatan Ibrahimovic menangis dalam sidang media semalam setelah mendedahkan kepulangannya ke skuad Sweden tidak mudah bagi keluarganya.

Penyerang Milan itu dipanggil semula oleh Janne Andersson bagi saingan kelayakan Piala Dunia berdepan Kosovo dan Georgia, ditambah dengan aksi persahabatan dengan Estonia, membuka jalan untuknya berpotensi bermain dalam Euro 2020.

Dia meraikan kembali bersama skuad Sweden selepas lima tahun dengan memuat naik gambar ke Twitter.


Ibrahimovic, yang bakal berusia 40 tahun Oktober ini, merupakan penjaring gol terbanyak Sweden dengan 62 gol di pentas antarabangsa, kali terakhir melakukannya ketika berdepan Denmark pada November 2015.

Bercakap pada sidang media semalam, Ibrahimovic penuh emosi menunjukkan kesukaran meninggalkan keluarganya untuk bergabung semula bersama pasukan kebangsaan.

"Saya mempunyai Vincent [anaknya] di sini, yang sebenarnya menangis ketika saya meninggalkannya. Tetapi tidak mengapa...," katanya, sebelum menitiskan air mata.

"Ini mengambil masa dari keluarga saya dan ini bukan perkara yang mudah. Sekiranya anda mempunyai dua anak menangis setiap kali anda meninggalkannya, itu agak sukar. Saya manusia, walaupun saya adalah Superman.

"Mereka sangat berbangga dengan saya."