Bekas pemain tengah, Quinton Fortune, menyifatkan Zlatan Ibrahimovic bakal menjadi satu kehilangan buat Manchester United dalam usaha melayakkan diri untuk beraksi di Liga Juara-Juara.

Ibrahimovic yang merupakan penjaring terbanyak United mengalami kecederaan yang serius di bahagian lutut ketika meraih kemenangan ke atas Anderlecht pada Khamis dan terlepas laporan yang menyatakan pemain kelahiran Sweden itu bakal terlepas aksi sehingga penghujung musim ini.

Skuad kendalian Jose Mourinho memiliki sasaran untuk kembali ke kancah Liga Juara-Juara menerusi tiket menjuarai Liga Europa, mereka bakal bertemu Celta Vigo do di separuh akhir atau menamatkan saingan liga di kelompok empat terbaik. Kehilangan khidmat Ibrahimovic menggugat peluang mereka untuk mencapai sasaran musim ini.

"Dia pasti akan menjadi satu kehilangan yang besar buat pasukan," kata Fortune.

"Jika anda melihat jumlah jaringan gol yang dihasilkannya, saya sangat sedih untuk dirinya kerana dia telah memberikan yang terbaik sejak beraksi untuk United.

"Saya berharap dia akan kembali sembuh. Saya tidak pasti samada United mampu beraksi tanpa kehadirannya.

"Marcus Rashford dan Ander Herrera merupakan wira buat United ketika mereka meraih kemenangan ke Chelsea, tetapi terdapat perlawanan kehadiran Ibrahimovic di dalam pasukan amat penting.

"Kami memerlukan kehadirannya.

United juga kekurangan pemain pertahanan yang bebas daripada kecederaan, Marcos Rojo, Chris Smalling dan Phil Jones terpaksa diketepikan dan Fortune berharap isu ini tidak akan menggangu misi mereka untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan.

"United sentiasa memiliki jalan dan saya tidak suka memberikan alasan buat mereka. Tetapi saya pasti mereka akan memberikan sedaya upaya untuk kembali beraksi di pentas tertinggi Eropah."