Pertahanan Bayern Munich, Mat Hummels, menyatakan bahawa dia takut akan diketepikan untuk satu tempoh yang panjang selepas mengalami kecederaan ketika meraih kemenangan 1-0 di Hamburg malam tadi.

Pemain kebangsaan Jerman itu mengalami kecederaan lutut dan berada dalam ketidakselesaan yang jelas apabila digantikan dengan Jerome Boateng, lapan minit selepas babak kedua di Volksparkstadion.

Tetapi dia kemudiannya menegaskan pemeriksaan awal mendapati ia merupakan kecederaan kecil dan dia tetap berharap dapat bersama pasukan dalam pertembungan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.

"Saya mengalami kecederaan pada lutut sebelum waktu rehat," katanya.

"Saya berasakan ia lebih baik jika saya dapat mengelakkanya tetapi ia tidak berlaku.

"Saya berharap untuk kembali semula pada hari Rabu."

Pengurus Bayern, Carlo Ancelotti, bimbang jika bekas pemain Borussia Dortmund itu tidak dapat beraksi menentang Atletico memandangkan penggantinya, Boateng, baru sahaja kembali bersama pasukan daripada kecederaan.

Boateng bakal bergandingan bersama Javi Martinez di bahagian pertahanan tengah menentang pasukan Diego Simeone jika Hummels gagal untuk kembali pulih dalam masa yang terdekat.

Ancelotti juga mungkin memilih untuk menggunakan penjaring gol malam tadi, Joshua Kimmich, di bahagian pertahanan tengah seperti yang dilakukannya dalam kemenangan hujung minggu lalu ke atas Ingolstadt.