DORTMUND 1 LEIPZIG 4
Mats Hummels berkata Borussia Dortmund perlu menghadam segala kritikan selepas kekalahan 1-4 kepada RB Leipzig di tempat sendiri yang dianggapnya agak buruk.
Dortmund mempunyai 63.8 peratus penguasaan bola dan kedua-dua pasukan saling mengatur 10 percubaan tetapi Leipzig jauh lebih klinikal dengan peluang yang terbentang.
Sememangnya, 10 percubaan adalah yang paling sedikit diperlukan oleh mana-mana pasukan untuk menyumbat empat gol dalam sebuah perlawanan Bundesliga musim ini.
Ia meletakkan Dortmund di kedudukan yang makin terdesak biarpun beraksi di stadium yang padat buat pertama kalinya sejak penularan COVID-19 sebaik protokol pandemik itu dilonggarkan di Jerman.
Penyerang yang hangat di pasaran, Erling Haaland, diturunkan sepanjang perlawanan tetapi sekadar mampu melancarkan satu percubaan.
"Ini sesuatu yang mengecewakan kami," kata Hummels mengenai keputusan itu.
"Kami mempunyai banyak rancangan buat peminat di sini, hari ini. Kali pertama perlawanan dilangsungkan di hadapan lebih 80,000 penyokong selepas dua tahun.
"Ia kemenangan mutlak buat Leipzig pada hari ini daripada segi keberkesanan dan memanfaatkan peluang. Ia sama sekali tidak sepatutnya 1-4 daripada segi nisbah prestasi, namun kami harus akur dengan kritikan atas keputusan ini kerana begitulah bola sepak.
"Saya rasa penduduk Leipzig sedar bahawa keadaan mungkin boleh jadi berbeza dalam separuh masa pertama. Di penghujung harinya, gol akan diambil dikira dalam bola sepak."
Christopher Nkunku, yang dua kali menyertai Perancis turut merobek gawang lawan dengan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan.
Dia telah mengumpul 16 gol pada musim ini selain 11 bantuan jaringan dan menjadi penyumbang tertinggi dalam pasukan untuk kedua-duanya elemen itu.
Leipzig kini menduduki tangga keempat, tiga mata di depan Freiburg yang tewas kepada pendahulu, Bayern Munich, di laman sendiri.
Pengurus Dortmund, Marco Rose, berasakan anak buahnya tidak bertahan dengan baik tetapi mujur masih kekal di tangga kedua liga dengan sembilan mata di belakang Bayern.
“Di bahagian serangan, kami gagal menyempurnakan peluang yang ada dan ia memberi ruang buat Leipzig untuk berulang kali mengatur serangan balas,” katanya.
"Kami perlu berusaha mengenainya."
Shaiful Shamsudin
Sun Apr 03 2022


Casillas: Real Madrid have to 'put the icing on the cake' with Champions League win
According to Iker Casillas, Real Madrid's wins over PSG, Chelsea and Manchester City will not be complete if they lose to Liverpool.

Berizzo confirmed as Chile national team boss
Eduardo Berizzo will become Chile's national team coach after La Roja failed to qualify for the 2022 World Cup.

Scheffler shoots 66 for share of lead after first round of Charles Schwab Challenge
Scottie Scheffler was one of eight players with a share of the lead after Thursday's first round at the Charles Schwab Challenge in Texas.

Pochettino '100 per cent' at PSG, expects to be 'judged by work', not Mbappe relationship
Kylian Mbappe will not decide whether Mauricio Pochettino stays or goes, according to the Paris Saint-Germain coach.

Mane promises 'best answer' on Liverpool future after Champions League final
Questions on Sadio Mane's Liverpool future must wait until after Saturday's match, even if he teased reporters of a decision.

Mane saddened by lack of African Ballon d'Or winners
Coming into Saturday's Champions League final against Real Madrid, Sadio Mane believes he is in contention to win the Ballon d'Or.

Mbappe war of words wages on with UNFP blasting 'offensive, hateful' Tebas comments
Javier Tebas irked many in French football with his criticism of Kylian Mbappe's decision to stay in Ligue 1 with Paris Saint-Germain.

French Open: Tsitsipas through against "complete player" Kolar
Stefanos Tsitsipas was made to work for his four-set victory against world number 134 Zdenek Kolar at the French Open.

French Open: 'We are responsible for our racket' – Alexandrova heated after racket slam incident in loss
Irina-Camelia Begu apologised after her racket hit a child during her match with Ekaterina Alexandrova at the French Open.

French Open: Halep reveals panic attack in Zheng defeat
2018 champion Simona Halep says she was beset by psychological issues during her second round French Open loss to Zheng Qinwen.