Penjaga gol Huddersfield Town, Danny Ward, muncul wira selepas aksinya berjaya membantu pasukannya menewaskan Reading 4-3 menerusi sepakan penalti.

Kemenangan itu mengesahkan tempat Huddersfield ke Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali selepas 45 tahun, semalam.

Reading yang menamatkan kempen Liga Kejuaraan di tempat ketiga terpaksa menelan kepahitan tewas di tangan Huddersfield yang sekadar di tangga kelima dalam liga.

Ward berjaya menafikan sepakan Liam Moore dan Jordan Obita untuk mengesahkan laluan ke EPL mengiringi Brighton & Hove Albion serta pemenang Liga Kejuaraan, Newcastle United.

Layak ke EPL bermakna David Wagner berjaya melunaskan tanggungjawab selaku pengendali Huddersfield selepas memegang jawatan itu sejak November 2015.

Lebih manis, kejayaan layak ke liga tertinggi England itu turut diraikan selepas sekadar berada di tangga ke-19 dalam saingan Liga Kejuaraan pada musim 2015-16.