LEICESTER 1 BOURNEMOUTH 1

Pengurus Bournemouth, Eddie Howe, berasakan pasukannya telah dinafikan kemenangan selepas Riyad Mahrez menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-97 ketika seri dengan Leicester City 1-1 tetapi mengakui gol tersebut adalah jaringan yang cantik.


The Cherries mendahului perlawanan lebih daripada satu jam waktu permainan di Stadium King Power selepas Josh King menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35.

Bagaimanapun, terjahan Steve Cook memberikan sepakan percuma kepada The Foxes, Mahrez mengambil peluang tersebut untuk memastikan tuan rumah turut berkongsi mata.

Howe memuji pemain-pemainnya di atas persembahan yang cemerlang sebelum gol penyamaan tersebut.

"Saya berasakan kami telah menampilkan aksi yang lebih berkualiti berbanding kebiasaan.

"Kami telah berusaha sepanjang perlawanan, bertahan dengan baik hingga penghujun permainan.

"Bagaimanapun, sepakan percuma Mahrez telah menyaksikan kami meraih satu mata.

"Ia merupakan satu jaringan yang sangat cantik, ia merupakan percubaan terakhir perlawanan dan berhasil buat mereka. "