Howe enggan tekan butang panik

Stefan Coerts
Februari 25, 2017 16:00 MYT
WEST BROM 2 BOURNEMOUTH 1
Eddie Howe kekal yakin Bournemouth akan kembali mencari rentak kemenangan selepas tewas 2-1 kepada West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Bournemouth memulakan permainan dengan langkah kanan apabila Joshua King meledak gol pendahuluan di The Hawthorns tetapi Craig Dawson menyamakan kedudukan sebelum Gareth McAuley menyumbat gol kemenangan selepas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol, Artur Boruc.
The Cherries kini gagal melakar sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan EPL tetapi Howe mendakwa beliau masih belum panik lagi.
"Satu jalan buat kami untuk keluar daripada prestasi buruk ini adalah bermain dengan bijak," kata Howe.
"Kami perlu memperbaiki permainan, saya percaya dengan pemain-pemain saya. Saya tidak gentar dengan cabaran yang menanti kami, kami akan beraksi sehabis baik untuk mengelak daripada penyingkiran."

? Eddie Howe had his say after the Cherries' 2-1 defeat to @WBA this afternoon. ➡ https://t.co/laQ6Pazelk#afcb ? pic.twitter.com/bqSgjRsV3s

— AFC Bournemouth ? (@afcbournemouth) February 25, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.