Menjelang aksi pertemuan Sri Pahang FC menentang Kuala Lumpur City menyaksikan skuad warga kota sudah bersedia untuk bertandang Stadium ke Darul Makmur Jumaat ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu mahu mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk terus menghambat kedudukan lima pasukan teratas.

Kuala Lumpur City mensasarkan tiga mata penuh berdepan Sri Pahang dalam aksi Liga Super yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini.utip tiga mata penuh.

Berdasarkan kepada rekod semasa di mana KL City kini menghuni tangga keenam dan mengharungi lapan perlawanan tanpa kalah dan itu menjadi rekod terbaik skuad warga kota dalam Liga Super setakat ini.

"Saya berasakan pasukan akan bersedia untuk perlawanan ini dan kami meletakkan sasaran untuk mendapatkan kemenangan," kata Hodak.

Sementara itu, Hodak berharap pemain-pemainnya tidak lagi mudah melepaskan jaringan di minit akhir permainan yang sering menghantui KL City sepanjang musim ini.

"Kehilangan fokus pada penghujung permainan merupakan sesuatu yang ditekankan dan mahu memastikan ia tidak diulangi dalam perlawanan akan datang."