Hodak jangka aksi sengit bertemu Selangor

Sinar Harian
Mac 31, 2023 08:27 MYT
Pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak menuntut The City Boys memberikan sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan apabila melayani kunjungan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.
"Derbi Lembah Klang, KL City menentang Selangor, perlawanan yang pastinya menjadi tumpuan untuk kedua-dua pasukan meraih kemenangan tambahan pula perlawanan ini mempunyai sejarah tersendiri buat penyokong.
"Namun bagi KL City, setiap perlawanan adalah penting dan fokus kami adalah untuk meraih kemenangan tambahan pula beraksi di laman sendiri kali ini.
"Biarpun begitu saya menjangkakan ini akan menjadi satu perlawanan yang sengit, jadi pemain KL City perlu kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan," katanya kepada Sukan Sinar.
Sebagai rekod, dua perlawanan terakhir liga kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun lalu, manakala aksi di Petaling Jaya dinoktahkan 1-1 pada 20 Julai.

Klang Valley Derby Day! ? Get your tickets at https://t.co/W5pZpDRt5W#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/ntqK2oi0l7

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) March 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa, Hodak mengakui pemain KL City bermotivasi untuk memburu keputusan positif tambahan pula pasukan masih dalam pemburuan kemenangan pertama musim ini.
Biarpun begitu katanya, tuan rumah akan kehilangan khidmat empat hingga lima pemain utama dalam perlawanan tersebut akibat penggantungan dan kecederaan.
Namun katanya, dia telah bersedia menurunkan beberapa pemain baharu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan tonggak sebelum ini.
Biarpun begitu katanya, tuan rumah akan kehilangan khidmat empat hingga lima pemain utama dalam perlawanan tersebut akibat penggantungan dan kecederaan.
Namun katanya, dia telah bersedia menurunkan beberapa pemain baharu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan tonggak sebelum ini.
kredit: Sinar Harian
#liga super #Selangor #Bojan Hodak #KL City #DemiLigaKita