Hodak gesa pemain tamatkan aksi yo-yo

Shaiful Shamsudin
April 8, 2021 13:05 MYT
Jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, menganggap kad kuning kedua sebagai tidak wajar selepas Nik Shahrul Azim Abdul Halim diperintah keluar padang pada minit ke-59 di Stadium MBPJ, malam tadi .
Tegasnya, keputusan pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob, memaksa The City Boys untuk berpuas hati terikat 2-2 dengan Petaling Jaya City.
Hodak berhasrat untuk menghantar surat rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung prestasi pengadil itu.
"Kami pernah beberapa kali membuat aduan mengenainya (kepada FAM) dan ia dibalas cuma tidak tahu (apa perkembangannya)," katanya selepas perlawanan.
Jurulatih dari Croatia itu menyeru ketekalan pemainnya yang mempamerkan aksi tidak menentu hingga ditembusi lawan.
"Adakalanya kami memerlukan satu tamparan hebat sebegini selepas kami selesa mendahului dengan dua gol, kemudian insiden getir kad kuning kedua yang tidak boleh diulas lanjut.
"Kami bertahan dengan baik pada baki 30 minit tetapi saya tidak pasti dengan situasi gol kedua lawan.
"Walaupun kecewa dengan keputusan ini, kami bermain lebih baik dalam separuh masa kedua dengan 10 pemain."

? JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS8 Saksikan siaran langsung perlawanan Johor Darul Ta'zim lwn PJ City FC di TV1...

Posted by Malaysian Football League on Thursday, April 8, 2021
#liga super #Bojan Hodak #Liga-M #Kuala Lumpur City