Ketua jurulatih Kuala Lumpur United, Bojan Hodak, enggan mengesahkan spekulasi seorang pemain kacukan Perancis-Lubnan akan memantapkan pertahanan pasukan Lembah Klang itu.

The City Boys sedang giat memperkasakan pasukan sekembalinya ke Liga Super musim ini dan kini mengintai untuk mengikat bekas pemain Chelsea B-21 itu bagi mengisi kuota Asia.

"Saya rasa kamu akan berasa sangat terkejut berdasarkan laporan laman sosial dan Instagram.

"Jika saya menawarkan anda maklumat, kelab pasti akan berasa sangat kecewa.

"Berdasarkan perjanjian mulut, ya. Tetapi saya tidak akan mempercayainya selagi pemain tersebut belum mengikat kontrak dan turun berlatih bersama saya," kata pengendali kelahiran Croatia itu yang sempat mengendalikan pasukan remaja negara.

Rasmi! Bojan Hodak kini dilantik ketua jurulatih Kuala Lumpur United. Nantikan saat-saat yang mendebarkan! It's...

Posted by Kuala Lumpur Hawks on Thursday, January 14, 2021


Hodak komited untuk mempersiapkan Kuala Lumpur United (KLUFC) dan mengetepikan masalah luar padang yang membabitkan bahagian pengurusan.

Jurulatih dari Chile, Simon Elissetche, menuntut pampasan sebanyak RM3.5 juta kerana mendakwa digugurkan tanpa alasan.

"Saya tidak terganggu. mereka sudah menjelaskan kepada saya bahawa jurulatih lain itu menandatangani kontrak bersama KLFA (Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur), bukannya KLUFC.

"Saya sudah pun memulakan tugasan bersama anak buah saya dan mengatur program individu agar ketika melaporkan diri kelak tidaklah mereka tahap kecergasan mereka kosong."


Ketua pasukan musim lalu, Paulo Josue, dan bekas penyerang Terengganu, Dominique Da Sylva, antara pemain import yang akan dipertaruhkan di samping bekas penjaga gol kacukan Jerman-Malaysia, Julian Johan Bechler, yang dilepaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) II.