Utara menjadi pilihan jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan, untuk venue kedua bagi persediaan akhir saingan Liga Perdana, 24 Julai depan.

Pasukan kendaliannya terpaksa berpindah lokasi untuk menjalani latihan pusat memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seremban akan bermula esok.

Situasi itu memaksa Devan untuk mengambil keputusan segera dengan memilih Pulau Pinang sebagai kem sementara.

"Kami bercadang keluar dari Seremban di mana kami boleh mengadakan perlawanan persahabatan.

"Kami akan bertemu Perak dan Kedah (bagi aksi pemanas badan) pada minggu depan," katanya.





Andai PKPD bersambung, Devan menegaskan venue kedua buat skuad Hoben Jang Hoben itu mungkin beralih ke selatan negara.

"Ya, perancangan kami memang terganggu tetapi ia disebabkan pandemik ini.

"Kami akan mematuhi segala ketetapan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)."