Heynckes: Bersama Bayern untuk jangka masa panjang adalah "mustahil"

Penulis Jemputan
November 12, 2017 23:35 MYT
Jupp Heynckes melabel perbincangan untuk melanjutkan kontraknya bersama Bayern Munich adalah sesuatu yang "mustahil".
Heynckes telah berjaya memberikan nafas baru kepada Bayern sejak mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Carlo Ancelotti sehingga penghujung musim pada Oktober, dengan mencipta tujuh kemenangan setakat ini.
Bayern kini mendahului saingan Bundesliga dengan kelebihan empat mata selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund di samping kemaraan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) semakin dalam genggaman.
Tetapi apabila ditanya mengenai kebarangkalian beliau untuk kekal di Allianz Arena bagi jangka panjang, Heynckes memberitahu, "Tidak, ia adalah mustahil."
Bagaimanapun, Heynckes sedia menawarkan pendapat kepada kelab untuk jendela perpindahan akan datang.
Beliau turut percaya Bayern perlu melanjutkan kontrak pemain sayap, Arjen Robben.
"Saya akan memberitahu apa yang akan saya lakukan dan percaya kelab akan menilai pendapat saya.
"Robben kelihatan kembali menyerlah di atas padang. Dia masih mampu memberikan banyak lagi untuk pasukan walaupun usianya mencecah 33 tahun.
"Dia merupakan contoh yang baik buat pemain-pemain lain kerana ramai pemain memiliki bakat tetapi memiliki sikap yang profesional," katanya.