Heung-min tekad ledak lebih banyak gol

Ammar Hakim
Ogos 25, 2020 03:04 MYT
Bintang Tottenham, Son Heung-min, mencabar dirinya untuk menjadi lebih klinikal di depan gol musim depan.
Pemain berusia 28 tahun itu memasuki musim keenam dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mempamerkan aksi yang konsisten sejak empat tahun yang lalu.
14 gol yang diledak Heung-min pada musim 2016-17 merupakan rekod terbaiknya dan sejak itu, dia sekadar menjaringkan 12,12 dan 11 gol bagi musim 2019-20.
Spurs hanya mengakhiri saingan di tempat keenam, dengan ketandusan sentuhan penyudah memberikan kekecewaan buat penyokong.

Pre-season up and running ?@KumhoTyreUK ⚪️ #COYS pic.twitter.com/Mdt3XfJYaL

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya agak geram kerana banyak melepaskan peluang sebelum ini," katanya.
"Ia merupakan sesuatu yang mahu saya perbaiki bagi musim ini, dalam aksi pramusim, ia amat penting buat saya menjaringkan banyak gol kerana ia akan membantu untuk aksi pembukaan musim nanti."
Spurs memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton 12 September ini.