Hernandez inspirasi kemenangan Milan ke atas Venezia

Muzaffar Musa
September 23, 2021 02:29 MYT
AC MILAN 2 VENEZIA 0
AC Milan kini terikat 13 mata dengan pendahulu Serie A, Inter Milan, selepas pemain gantian, Theo Hernandez, menjadi pencetus kemenangan 2-0 ke atas Venezia di San Siro awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Stefano Pioli itu merombak pasukan selepas terikat dengan Juventus hujung minggu lalu dan skuad Rossoneri berkenaan mempamerkan aksi yang agak mengecewakan sehinggalah Hernandez mencetuskan jaringan pembukaan yang disudahkan Brahim Diaz pada pertengahan babak kedua.
Kedua-dua pasukan gagal menghasilkan percubaan tepat sehinggalah Diaz memecahkan kebuntuan itu dengan melepaskan rembatan voli dari jarak dekat.
Hernandez kemudian muncul penjaring kedua pasukannya, sekali gus memastikan pungutan tiga mata penting buat Milan.
Ia merupakan kemenangan keempat Milan daripada lima perlawanan pertama musim ini dan mereka masih mampu mengekalkan rekod tanpa kalah biarpun dibelenggu masalah kecederaan pemain.

You just don't stop those ?#MilanVenezia #SempreMilan pic.twitter.com/GaST1OR6hE

— AC Milan (@acmilan) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Serie A #AC Milan #Venezia