Jonas Hector menolak peluang bagi mengaktifkan klausa perpindahannya di Cologne dan memilih untuk melanjutkan kontrak untuk terus bersama kelab itu.

Pemain kebangsaan Jerman itu merupakan sasaran kelab seperti Bayern Munich dan Borussia Dortmund tetapi Hector telah meluahkan hasrat untuk terus kekal bersama pasukan di sebalik kedudukan yang agak goyah dalam saingan Bundesliga.

Menyertai kelab itu sejak 2010, Hector melanjutkan kontrak untuk kekal dua musim lagi yang bermakna dia tidak akan berganjak hingga penghujung musim 2022-23.

"Cologne membenarkan saya untuk bermain dalam aksi liga hingga bersama skuad kebangsaan," kata Hector.

"Hubungan saya bersama kelab amat rapat serta saya amat selesa di sini. Ia bukan satu masalah buat saya mencari kelab baru tetapi saya berasakan belum tiba masanya.

"Keputusan ini jelas buat saya: Saya milik kelab ini dan saya akan terus bersama pasukan untuk saingan musim depan," tambahnya.

Minggu lalu, Cologne telah melantik Markus Anfang sebagai ketua jurulatih bagi musim 2018-19.

Di sebalik pergelutan pasukan, Hector yang terlibat dalam skuad Jerman dalam Euro 2016 dijangka menyertai skuad kendalian Joachim Low itu di Russia.