Hazard tamat penantian 392 hari

Ammar Hakim
Oktober 31, 2020 22:31 MYT
Eden Hazard gembira kerana berjaya menjaringkan gol buat Real Madrid selepas kemarau lebih setahun tanpa jaringan dan Emilio Butragueno memuji penyerang itu sebagai 'menakjubkan'.
Hazard melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti bagi memberikan gol pembukaan buat juara Sepanyol itu ke atas Huesca semalam.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu mudah meraih kemenangan 4-1 bagi memastikan mereka kembali ke puncak liga, dengan Karim Benzema menjaringkan dua gol dan Federico Valverde turut tersenarai selaku penjaring.
Ia merupakan jaringan Hazard paling diingati, kerana ia telah menamatkan penantian 392 hari untuk meledak gol kedua Real sejak berhijrah dari Chelsea pada 2019.

392 - Eden Hazard has scored his second goal for @realmadriden in all competitions (24 appearances), the first one since October 2019 against Granada in @LaLigaEN, 392 days ago. Missile. pic.twitter.com/AflonuTcI5

— OptaJose (@OptaJose) October 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hazard berseri-seri ketika merakamkan pesanan video pendek untuk penyokong Los Blancos yang dimuatnaik di Twitter oleh Real selepas perlawanan.

?? @hazardeden10: "My best form will come in the upcoming matches, and we have another one in three days."#HalaMadrid pic.twitter.com/Vrjxan24I5

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) October 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hazard tidak menghasilkan sebarang peluang buat rakan sepasukan atau melakukan hantaran silang ketika berdepan Huesca, tetapi gerakannya bersama Benzema mendorong jaringan yang disempurnakan oleh Valverde.
Pengarah institusi hubungan Real, Butragueno, gembira dengan persembahan bintang Belgium itu.
"Apa yang dilakukan Hazard sungguh luar biasa. Kami melihatnya pada gol pertama," katanya kepada Movistar. "Ini memberi anda idea mengenai kategori pemain yang sedang kita bincangkan.
"Sejak itu, pasukan berasa lebih selesa. Bermain dengan lebih berkesan serta membantu permainan berjalan seperti yang anda mahukan.
"Dia mengalami nasib baik sejak dia datang kerana kecederaan. Dia seorang pemenang dan apa yang dia mahu adalah untuk beraksi dan membantu pasukan. Mudah-mudahan, kita dapat membuatnya seperti ini kerana dia membuat perbezaan."